Mengenai KoSimpanan
KOPERASI SIMPANAN DAN KREDIT BERSATU MALAYSIA BERHAD (KoSimpanan) yang mana pada awalnya bernama KOPERASI PENGGUNA-PENGGUNA INSTITUSI KEWANGAN BERHAD telah didaftarkan pada 10 Ogos 2005 dibawah Akta Koperasi 1993.
Pada 12 April 2009, nama koperasi telah ditukar kepada KOPERASI HIDAYAH MALAYSIA BERHAD. Seterusnya, nama koperasi diubah sekali lagi kepada KOPERASI SIMPANAN DAN KREDIT BERSATU MALAYSIA BERHAD pada 15 Februari 2012.
Fungsi utama KoSimpanan adalah menyediakan perkhidmatan berkaitan kewangan kepada ahli-ahlinya, yang mana merangkumi tetapi tidak hanya terhad kepada Skim Pembiayaan Peribadi patuhi Syariah dan Skim Pembiayaan Ar-Rahnu. Seperti yang dinyatakan, KoSimpanan adalah koperasi (bukan-bank) pertama yang mendapat kelulusan daripada pihak SKM untuk menjalankan pengambilan deposit daripada ahlinya. KoSimpanan adalah tertakluk di bawah seliaan SKM dan oleh itu semua aktiviti pembiayaan dan pengambilan deposit adalah dilaksanakan mengikuti garis panduan dan peratuan yang ditetapkan oleh SKM.